Friday, 27 February 2015

INFO BERGUNA UNTUK TAYAR KERETA

Tayar Kenderaan
Rasanya masih ramai yang tidak tahu berkenaan tayar kenderaan masing masing tentang apa yang tercatat pada tayar tersebut seperti contoh:-

215 / 55 / R17 94V
kod tersebut bukan sengaja diletakkan disitu untuk mencantikkan lagi rupa tayar.

215  - Lebar
55    - Ketinggian
R17 - Radial/Rim
94    - Had maksimum bebanan
V      - Had maksimum Kelajuan 240 KM/Jam

Abjad terakhir pada tayar kenderaan bergantung kepada jenis/spesifikasi/kegunaan.
Berikut adalah abjad abjad untuk rujukan anda.

S  - Maksimum Had Laju 180 KM/Jam
T -  Maksimum Had Laju 190 KM/Jam






U -  Maksimum Had Laju 200 KM/Jam
V -  Maksimum Had Laju 240 KM/Jam
Z -  Maksimum Had Laju 240 KM/Jam
W - Maksimum Had Laju 270 KM/Jam
Y  - Maksimum Had Laju 300 KM/Jam 

Selain itu terdapat juga dalam petak kecil mencatatkan 4 angka pada sisi tayar seperti contoh berikut.

4109
2 abjad pertama iaitu 41 adalah menandakan tayar baru yang bakal kita beli adalah keluaran Kilang pada minggu ke-41.
2 abjad terakhir iaitu 09 adalah menandakan tayar baru yang bakal kita beli adalah keluaran kilang pada tahun 2009.





Adalah diingatkan tempoh penggunaan tayar adalah selama 5 tahun dari tarikh ianya dikeluarkan.

Jika anda bercadang untuk menukar tayar kenderaan anda. langkah pertama adalah melihat dahulu 4 abjad tersebut.
saya percaya ramai antara kita yang mengabaikan perkara ini kerana bagi mereka jika tayar tersebut adalah tayar baru dan hanya melihat secara visual sahaja dari segi corak bunga dan pujukan penjual adalah tidak wajar kerana mungkin tayar tersebut adalah tayar yang sudah berusia  melebihi 5 tahun dari tarikh keluaran dan tayar tersebut merupakan stok lama yang belum terjual.
Disini ingin saya nyatakan bahawa tayar seperti yang dinyatakan tadi walaupun sudah berusia melebihi 5 tahun sebenarnya masih boleh digunapakai tetapi adalah diingatkan bahawa getah tayar tersebut sudah menjadi keras kerana sudah tamat tempoh dan juga kita boleh dan berhak untuk mendapatkan potongan harga atas faktor seperti di atas.

No comments:

Post a Comment